sedang mencari cinta-Nya

Wednesday, February 23, 2011

nota buat Norasida

23.2.2011

nora sayang,

kau ingat x kata2 kau selepas kite bjumpa Tn Hj?aku masih ingat...kau kata,kau xpernah jumpa orang yg merawat mcm tu.bagi nasihat.suruh kita belajar redha.suruh kite perbaiki diri.suruh kite jangan balas kejahatan org lain wlupun berbakul2 kejahatan kite terima.suruh kite berdoa hanya yg terbaik.n kemudian kau kata,kau xkan menyerah kalah.kau akan berdoa untuk dapat apa yg kau nak.tapi apa kata aku?aku ckp,aku redha sahaja.aku malas nak pk.yg penting aku mesti baiki diri.

tapi nora,selepas aku lihat jenazah kau di hadapan mata aku,aku jadik kuat sangat.aku tanamkan dalam diri,aku mesti berjuang dapatkan semula hak aku.hak yg dipinjamkan Tuhan tetapi aku lalai.aku lupa minta dr Dia.kebahagian yg berpanjangan.aku byk berdosa.leka.Terima kasih Nora!

tapi....bukan mudah.

air mata mengalir xberhenti.maki.caci.marah disemburkan pada aku.ramai yg xmahu dgr lagi luahan hti ku.aku berusaha nora wlupun sakit.sakit yg teramat!wlupun mak,ayah,adik beradik ku jugak hampir ditewaskan syaitan.sedih nora.samapi bila semua ini akan berakhir.dimana letaknya kasih sayang yg dulu sentiasa bersama aku....

nora,sedang aku berusaha,ketenangan hampir hilang...tak seperti kau.kau telah jumpa ketenangan abadi.bersama Sang Pencipta kan?

aku harap kesabaran dan doaku berjalan seiring dengan impian aku.

terima kasih nora atas kata2 mu....

Wednesday, February 9, 2011

mahkamah syariah

subhanallah
alhamdulillah
allahu akhbar
allahumma sollia'la saidina muhammad waa'la ali muhammad

saya ke mahkamah syariah johor bahrusemalam.hanya memakai jeans dan tshirt kerana xpernah tahu protokol berpakaian.lalu saya dikehendaki menunggu sahaja di lobi.

seorang demi seorang hamba-Nya masuk dan keluar melalui pintu besar automatik itu.huh!muka2 stress.kacau bilau!terdengar juga perbualan mereka sesama sendiri.

tiba2 mata terpukau dengan kelibat 2 orang gadis berumur bawah 20tahun sedang mendukung anak masing2.muka mereka jelas bingung.bermasalah.mungkin menfailkan penceraian.

ada juga datang berpasangan.si suami mereka senyuman.si isteri macam saya,menunjukkan ekpresi melalui muka.

"adik datang ke sini buat per?cerai juga ker?"tanya pak guard.
"x.teman kawan je..."jawab saya lemah.
"mereka smua ni datang sebab cerai,rujuk,tangkap khalwat.tapi banyak yang bercerai lah.banyak prosesnya.lama pulak tu."terang pak guard.
"ohhhh.."

xmau kawin lah..

kalau anda rasa putus cinta itu sakit,susah,perit,baik anda pergi sahaja ke mahkamah syariah.

senyum

dua kanak2 berumur 3tahun yang berjiran sedang berkomunikasi.

ain:kite ade anak patung barbie.

azi:kite pun ade anak patung dolly (dari kedai rm2)

ain:baju kite guess.

azi:baju kite pun guest(dari pasar malam)

ain mencari2 lagi barang2 yang azi xde.

ain:kite ade coklat ferrero rocher.

azi:kite pun ade coklat.coklat syiling emas.

aihhh.

ain:tengok tu.ayah kite ade burung kakak tua.dengar tu!bunyi dia kuat!

azi:eleh...bapak kite pun suke kentut kuat!!!!!!!!!

ain dan mak azi di dalam rumah:?????

Tuesday, February 8, 2011

musibah

subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (Asy-Syuura 42:30)

inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).kalimah yang sepatutnya diucap bila ditimpa musibah.

hidup saya sedang diuji dengan musibah.banyak!dengan putus cinta,kerjaya,keluarga,gangguan sihir dan paling penting hubungan saya dengan Kekasih.berat.sakit.sedih.kecewa.rupanya sungguh mahal pengalaman hidup.sungguh mahal cinta Allah.diujinya satu persatu dengan teratur dan tidak terlintas dalam fikiran saya sebelum ini.Tetapi itulah janji Allah.setiap kesusahan adalah hasil dosa2 saya sendiri.dan ini juga cinta-Nya pada saya supaya saya sedar sebelum tiba saat nafas saya terhenti.

terima kasih Tuhan...

Sunday, February 6, 2011

cintaMu

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah 155-157)

Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahuakbar.

akukah yang terpilih dalam ujian-Nya?
setelah hampir 30 tahun.
akhirnya.
cukup mahal!

ilmu ustaz dan uztazah ku tidak sampai ke hatiku.
beribu tapak ku ke rumah Al-Khaliq bagai jalan-jalan.
solatku hanya senaman.
zikirku bagai nyanyian lagu.
tadarusku untuk apa?
sia-sia kah?

ditarik nikmat cinta sesama manusia.
ditarik kasih sayang.
ditarik kesihatan.
ditarik rezeki.
ditarik kesenangan.
ditarik ketenangan.

alhamdulillah.
terima kasih sayang.
perkenalan dan perpisahan kita membawa erti.
supaya aku lebih cinta kan Dia.
Dia pemilik semua cinta.

Kekasihku Al-Khaliq
kuatkan hatiku
teguhkan imanku
luruskan perjalanan hidupku
agar cintaku hanya untuk-Mu

Kau tunjukkanlah dia.
Kau bimbinglah dia.
sang kekasih yang masih lagi dihati.
agar dia juga rasa.
agar dia juga cinta.
nikmat cintaMu

ameen.



dedikasi

astagfirullah al-azim
alhamdulillah
subhanallah
allahuakbar

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad

Mendedikasikan catatan ini buat seisi keluarga yang tercinta,sahabat2 tersayang,muslimin muslimat dan khususan ila Ibnu Jamil yang disayangi.

Dengan harapan Al-Khaliq sentiasa merahmati dan memberi hidayah-Nya.InsyaAllah.

Ameen.